Maksud lagu Aduh Saleha ( kehebatan Loloq )

> Komposer : M . Nasir / Penulis Lirik : Rosli Khamis
> ADUH SALEHA
> // Rintihan ku kepada orang-orang yang soleh dan solehah
>
> Mana rayuanku hendak ku sampaikan
> // Bagaimana mungkin ku hendak sampaikan kata-kata nasihat
> rindu berahiku pada kasih yang jauh
> // Aku amat mendambakan kasih Tuhan tetapi aku masih jauh dari-Nya
> jauh bukan jarak dan tempat
> // bukan jauh jarak atau di mana aku berada
> jauh nama dan pangkat
> // tapi jauh dari segi amalan ku dan kedudukanku di sisi-Nya
> Mana penggantimu hendak ku dakapkan
> // Di mana aku hendak mencari penggantimu untuk ku bergantung
> dendam asmaraku pada cinta yang luruh
> // Aku inginkan cinta yang menyerahkan sepenuh jiwa dan jasad
> luruh bukan daun dan bunga
> // Bukan menyerahkan harta dan wang ringgit
> luruh jiwa dan badan
> // tetapi menyerahkan seluruh jiwa dan jasad
> Bertahun ku sandar percaya
> // S udah lama kita menjadi seorang muslim dan mengamalkan
> suruhan-Nya
> (adakah ia hanya disandar bukan dikandar?)
> tak mungkin padam cahaya
> // dan kasih dan cinta Tuhan tidak akan terhenti terhadap hamba-Nya
> cintamu bagai rembulan
> // Kasih sayang para solihin dan solehah sesama mukmin sentiasa
> terpancaran ada hilang dipandangan kala langit dilindung awan
> // Namun, kekadang terlindung juga apabila ada yang menghalang
> (atau kita sendiri yang tidak mahu menerima)
> Aduh mahkota terhempas
> // Kekuasaan kita sebenarnya hampir musnah, r aja -r aja hilang
> kuasa, maruah anak-anak bangsa tiada
> (zina, maksiat dan hedoisme berleluasa)
> barulah ku sedar, yang ku sangkakan intan oh hanyalah kaca
> // Barulah kita perasan apa yang kita sangkakan baik selama ini
> adalah sebaliknya
> S e su dah berdarah barulah ku sedar
> // Apabila mengalaminya sendiri dan mendapat bala/musibah baru
> kita tersedar dari angan
> jiwa ku tercalar ohhh . . sakitnya bukan kepalang
> // Akhirnya jiwa kita tersiksa dan hati semakin gelap tanpa pedoman
> Kau biarkan aku sendiri menderita susah - nasib hidupku saliha
> // Orang-orang yang soleh dan solehah semakin jauh dari kita
> (kita yang menjadikanya begitu, bukan ?)
> Hidup kita su sah (jiwa yang muflis) walaupun senang (harta
> bertimbun tanpa berkat)
> Kau biarkan aku sendiri melewati sepi - dalam hidupku saliha
> // Kita su dah kesepian kerana meninggalkan nasihat dan
> kata-kata orang-orang yang soleh
> kau biarkan aku sendiri meratapi nasib - dalam derita saliha
> // Akhirnya kita terpaksa meratapi nasib kita yang penuh derita
> buatan kita sendiri
> ohh .. .. . . . . .. . . saliha
> // Tolonglah aku orang-orang yang soleh
>
> Nota :
>
> Kesedaran yang digambarkan ini mungkin kita akan sedari satu waktu
> nanti .
> Mungkin kita sedari bila kita kurang kuasa ( su dah tua) atau tiada
> kuasa
> ( su dah tiada) ...
> Marilah bersama-sama kita renung dan hayati kata-kata nasihat alim
> ulamak yang soleh dan solehah . Kalau tidak tahu, bertanya pada yang tahu,
> Malu bertanya sesat jalan, bertanya pada yang tahu ...
>
> Izinkan aku bertanya , se su dah nabi besar junjungan kita dan
> para sahabat tiada, kepada siapa kita hendak berpaut
> dan mendapat bimbingan ? Adakah kita semakin dekat dengan Nur
> atau semakin dalam kegelapan ?
> Fikir dan jawab sendiri !!!
>

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...