90 % Rakyat Malaysia di Semenanjung Adalah PENDATANG

Dalam zaman dunia tanpa sempadan dan liputan meluas dan segera oleh 
media elektronik antarabangsa, apa yang berlaku di sesebuah negara 
itu tidak dapat disembunyi atau dinafikan. 

Isu pokok yang dibangkitkan oleh Ahmad Ismail membabitkan 
persoalan "menumpang" iaitu rakyat Malaysia keturunan Cina adalah 
penumpang di negara ini. 

Beliau menjelaskan bahawa ia merujuk kepada zaman pra-Merdeka. 
Bagaimanapun, sensitiviti rakyat Malaysia keturunan Cina telah 
terguris 

Bagi Ahmad Ismail, dia juga datang dari keluarga pendatang dan 
menumpang hidup di negara ini. Ahmad Ismail tidak boleh menafikan 
hakikat bahawa datuk neneknya adalah pendatang dari India untuk 
menerokai penghidupan yang lebih baik dan selesa di bumi bertuah ini. 

Perdana Menteri Abdullah bin Ahmad juga tergolong dalam kategori yang 
sama. Datuknya di sebelah ibu adalah pendatang dari wilayah Guandong, 
China. Pendek kata, datuk Pak Lah iaitu bapa Allahyarhamah Kailan 
bernama Hassan Salleh atau Hah Su Chiang adalah seorang pendatang. 
Beliau berhijrah ke Tanah Melayu dari wilayah Guandong (Kwantung) 
pada pertengahan abad ke-19 dan menetap di Bayan Lepas sebagai 
pekebun getah, pesawah padi dan kemudian saudagar intan berlian. 

Najib Tun Razak, Timbalan PM juga berasal daripada keluarga pendatang 
iaitu dari Sulawesi, Indonesia atau lebih senang disebut orang Bugis 

Hishamudin Hussein tidak terlepas daripada darah keturunan Turki. 

Datuk nenek mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad juga pendatang dari 
Kerala, India 

Ibu Almarhum Tunku Abul Rahman berasal dari negeri Siam (Thailand). 

Kesultanan Melayu Melaka pun dibuka oleh orang pendatang dari Sumatra 
bernama Parameswara, seorang anak raja atau bangsawan beragama Hindu. 

Dalam sejarah kesultanan Melayu, kita dapati ada yang ditubuh oleh 
pendatang dari Bugis dan ada pula dari Hadhramut selain dari 
Minangkabau. 
Hampir SEMUA ORANG MELAYU di sini berasal dari LUAR Tanah Melayu 
tetapi diiktiraf sebagai "bangsa Melayu" oleh Perlembagaan 
Persekutuan. 

Kita adalah "Melayu mengikut takrifan Perlembagaan" iaitu beragama 
Islam, mengamalkan adat resam Melayu dan bertutur dalam bahasa 
Melayu. 

Malangnya, bahasa Melayu nampaknya dimatikan oleh orang Melayu (UMNO) 
sendiri apabila dinamakan sebagai bahasa Malaysia. 

Oleh itu: 

orang Arab seperti Syed Hamid Albar dan saya, 

orang Aceh seperti Sanusi Junid, 

orang India seperti Kader Sheikh Fadzir dan Nor Mohamed Yakcop ,
(termasuk Ahmad Ismail dan Dr. Mahathir), 

orang Bugis seperti Najib, orang Minang seperti Rais Yatim, 

orang Jawa seperti Mohamad Rahmat dan 

yang lain seperti dari Madura, Pulau Boyan, Siam, Burma, Yunnan 
(China) dan selatan Filipina 
...... diiktiraf sebagai "Melayu". 
MEREKA diterima sebagai "Orang Melayu." 

Tidak kira sama ada mereka bertutur bahasa Melayu atau tidak di rumah 
umpamanya: 

- si Arab berbahasa Arab, 

- si Jawa berbahasa Jawa dan 

- si Minang berbahasa Minang atupun 

- si Mamak berbahasa Tamil. 
Bahasa-bahasa yang disebut itu BUKAN bahasa Melayu. 

Jika dilihat dari sudut Perlembagaan Persekutuan, mereka TIDAK boleh 
diterima atau diiktiraf sebagai Bangsa Melayu. 

Walau bagaimanapun, atas kepentingan dan faktor politik, semuanya 
diterima sebagai Melayu dan Bumiputera. 

Oleh itu, adalah TIDAK adil untuk menuding jari kepada orang Cina 
yang juga kaum pendatang sama seperti orang Arab, India, Aceh, 
Minang, Batak, Mandailing, Jawa, Madura mahupun Bugis, sebagai 
menumpang di negeri ini. 

Kita tidak boleh menafikan bahawa sebilangan besar datuk nenek orang 
Cina telah berhijrah ke negeri ini semasa Kesultanan Melayu Melaka, 
bahkan kesultanan-kesultan an terdahulu di Kedah mahupun Terengganu 
dan Kelantan serta semasa Francis Light berjaya menipu Sultan Kedah 
untuk menduduki Pulau Pinang pada 1786. 

Golongan yang boleh diiktiraf sebagai orang asal atau anak bumi tulen 
adalah mereka yang kita kenali sebagai Negrito, Jakun, Semang, Jahut, 
Orang Laut, Orang Darat, Senoi dan suku kaum masyarakat Asli lain 
yang masih menjadi penghuni belantara 

Kita tidak harus lupa akan sumbangan dan pengorbanan semua kaum dan 
suku kaum untuk membangunkan Malaysia sama ada dari sudut ekonomi, 
kemasyarakatan, keselamatan dan yang paling penting kesepakatan dan 
perpaduan. 

Semua orang yang kena dan seharusnya membayar cukai, berbuat demikian 
tanpa mengira kaum atau asal keturunan, sama ada pendatang atau 
penumpang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...