Kerajaan Tidak Berlaku Jujur Di dalam Soal Subsidi Bahan Bakar

Kerajaan mendakwa terpaksa membelanjakan hampir
RM40 Billion untuk menampung subsidi bahan bakar. Ini adalah sebenarnya
satu dusta ataupun, satu cubaan oleh kerajaan untuk mengelirukan rakyat
Malaysia.

Hakikatnya adalah,

• Kerajaan tidak menanggung satu senpun untuk
subsidi bahan bakar.

• Subsidi bahan bakar juga tidak termasuk dalam data perbelanjaan kerajaan.

• Subsidi bahan bakar sebenarnya tiada.

• Yang ada hanyalah wang yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk subsidi
tol, subsidi pengangkutan awam, subsidi bahan makanan dan lain-lain subsidi
tetapi bukan untuk bahan bakar.

Oleh yang demikian, kenyataan berikut oleh
Menteri Kewangan Ke Dua adalah tidak tepat dan bersifat cuba mengelirukan
rakyat.


Data yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan
Negara jelas tidak seperti yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan Ke Dua,
Menteri-Menteri Kabinet, Abdullah Ahmad Badawi dan juga oleh Khairy Jamaluddin
di Persidangan Agung UMNO 2007.

Data Perbendaharaan Negara menunjukkan maklumat
berikut,


Menurut Laporan Perbendaharaan Negara dalam
carta 4.3 Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan 2008, jumlah subsidi
yang ditanggung Kerajaan pada tahun 2007 ialah RM12.1 billion iaitu 9.8%
daripada RM124 Billion Perbelanjaan Mengurus Kerajaan. Manakala pada tahun
2008, jumlah subsidi yang diramal oleh kerajaan ialah RM10.1 Billion atau
7.9% daripada jumlah RM129 Billion peruntukan Perbelanjaan Mengurus Kerajaan
yang diluluskan dalam belanjawan 2008.


Ini jelas menunjukkan bahawa perbelanjaan
mengurus subsidi bahan bakar tidak pernah termasuk didalam perbelanjaan
kerajaan kerana,

• Data perbelanjaan mengurus oleh Perbendaharaan
menunjukkan jumlah yang lebih kecil dan tentu sekali tidak dapat menampung
jumlah subsidi yang kononnya berjumlah RM40 Billion.

• Jumlah subsidi bahan bakar juga tidak termasuk di dalam data-data lain
di dalam akaun kerajaan seperti yang tercatat di dalam laporan tahunan
Perbendaharaan Negara.

Oleh yang demikian, dari manakah datangnya
subsidi tersebut? Subsidi tersebut sebenarnya tidak pernah wujud.

Bahan bakar yang diguna untuk keperluan domestik
diperolehi menerusi,

• Mekanisme tukaran minyak mentah negara.

• 400 tong minyak mentah berkualiti “Tapis Blend” iaitu minyak mentah
berkualiti paling tinggi di tukar di pasaran global dengan keperluan minyak
mentah dalam negara.

• Minyak mentah ini setelah diproses kepada petrol dan diesel di jual
kepada rakyat pada harga yang ditentukan oleh kerajaan.

• Kerajaan memperolehi “keuntungan” bersih (kerana kerajaan tidak membelanjakan
apa-apa) dari cukai yang dibayar oleh Syarikat Petroleum, Stesen-stesen
minyak dan lain-lain pembekal.

Benarkah Minyak Mentah Malaysia Hanya Untuk
Beberapa Tahun Lagi?

Kebelakangan ini, rakyat diberitahu bahawa
sumber petroleum Malaysia akan berakhir dan negara akan menjadi pengimport
bersih (net importer) bahan bakar ini. Ini dijadikan alasan oleh kerajaan
untuk menaikan harga minyak dan seterusnya menarik “subsidi” bahan bakar
bagi menyediakan rakyat dengan harga semasa bila negara mula mengimport
minyak untuk kegunaan tempatan.

Bagaimanapun, Laporan Tahunan Petronas 2006
mencatatkan bahawa sumber minyak mentah Malaysia cukup sehingga tahun 2024.


Hassan Marican, Pemangku Pengerusi, Presiden
dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, pula menjelaskan kepada media bahawa
pada tahun 2011 Malaysia akan menjadi net importer Petroleum kerana permintaan
dalam negara akan melebihi keluaran minyak mentah negara. Ini bererti permintaan
dalam negara akan melebihi 700 ribu tong sehari. Tetapi pada tahun 2011
dan seterusnya, negara akan masih mampu mengeluarkan 700 ribu tong minyak
mentah sehari, itu tidak dinafikan oleh beliau.

Berdasarkan Laporan Tahunan Petronas semenjak
1980 melaporkan bahawa simpanan minyak mentah Malaysia semakin bertambah
dan bukannya berkurang. Dalam tahun 1980. Dilaporkan bahawa simpanan minyak
mentah Malaysia adalah sebanyak 3 billion tong, namun semenjak itu kita
telah mengeluarkan lebih 4 billion tong dan hari ini kita hasih mengeluarkan
sebanyak 650 ke 700 ribu tong sehari setiap hari selama 365 hari dan pada
kadar ini boleh bertahan untuk 20 tahun lagi.

Sebenarnya, simpanan minyak mentah negara
semakin bertambah dan bukannya berkurang. Pada tahun 2008, simpanan minyak
mentah negara ialah 4 billion tong dan Malaysia berada di tempat ke 28
di dalam pemilik simpanan minyak terbesar dunia.


Minyak mentah Malaysia sebenarnya tidak akan
kering dengan begitu cepat. Ini kerana Petronas, sebuah firma petroleum
yang dimiliki oleh rakyat Malaysia melabur ratusan juta ringgit setiap
tahun bagi mencari telaga minyak baru di seluruh dunia.

Menerusi pelaburan itu terhasilnya penemuan-penemuan
baru dan menurut laporan yang sama, nisbah penggantian pada waktu ini ialah
1:1.8 liter.

Ini bererti, bagi setiap satu liter yang digunakan
oleh Petronas menemui 1.8 liter sumber baharu. Ini bermakna kadar penggantian
adalah lebih besar dari kadar penggunaan.




Penurunan Harga Minyak Tidak Mustahil

Bagi mengoptimunkan perolehan kerajaan menerusi
minyak mentah kerajaan sebenarnya tidak perlu menaikan harga minyak. Bahkan
kerajaan boleh mengoptimunkan perolehannya dengan menurunkan harga minyak
pada waktu yang sama.

Pengurangan Penggunaan Petrol dan Diesel

Harga petrol Malaysia adalah yang tertinggi
di kalangan negara-negara pengeluar minyak. Berdasarkan jumlah penduduk
26 juta orang dan kadar pengeluaran minyak mentah sebanyak 650 ke 700 ribu
tong sehari, Malaysia mempunyai nisbah pengeluaran yang amat tinggi tetapi
ianya tidak dinikmati oleh rakyatnya yang jauh lebih rendah dari negara-negara
pengeluar lain.

Harga bahan bakar petrol dan diesel ini perlu
diturunkan dan sememangnya mampu diturunkan. Antara proses-proses yang
perlu diambil untuk menurunkannya adalah seperti berikut.

Peralihan daripada penggunaan Petrol dan Diesel
kepada gas asli untuk kenderaan atau NGV perlu dilakukan kerana faktor-faktor
berikut,

• Malaysia adalah negara ke 13 di dunia mempunyai
simpanan gas asli terbesar. Pada tahun 2004, Dato’ Mustapha Mohamed mengumumkan
simpanan gas asli Malaysia adalah sebanyak 89 trillion kaki padu.

• Walaupun kerajaan menggalakan penggunaan NGV kerana ia lebih bersih
dan mesra alam tetapi kerajaan tidak mewajibkan setiap stesen minyak menyediakan
kemudahan ini. Akibatnya stesen NGV amat terhad dan tertumpu di sekitar
Lembah Klang sahaja.

• Penggunaan NGV secara meluas oleh pemilik kenderaan akan mengakibatkan
permintaan terhadap petrol dan diesel berkurangan.

• Kesannya negara boleh menjual lebih minyak mentah dan ini akan membawa
lebih banyak pulangan.

• Menerusi pendapatan lebihan ini, harga petrol dan diesel dapat dikurangkan
lagi.

National Petroleum Advisory Council

Penubuhan semula National Petroleum Advisory
Council (NPAC) bagi mengumpulkan pakar-pakar bagi merancang guna sumber
tenaga negara dan mementuk polisi-polisi tenaga Negara yang berkesan. NPAC
ditubuhkan bersama dengan penubuhan Petronas tetapi ianya sudah tidak wujud
lagi pada hari ini.



Petronas sering mencatat keuntungan besar
dari setahun ke setahun. Dan sebagai sebuah syarikat yang menjaga khazanah
milik rakyat Malaysia, struktur organisasi Petronas perlu bermatlamat menjaga
kepentingan rakyat.

Oleh itu NPAC perlu dihidupkan semula dengan
melantik tokoh-tokoh berwibawa dan bukan semata-mata ‘perlantikan politik’.
Dengan erti kata lain, menghidupkan semula NPAC tidak bermakna jika sekadar
mahu melantik tokoh-tokoh UMNO yang telah ‘expire’ seperti contohnya
dengan melantik Abdul Rahim Thamby Chik atau Zainuddin Maidin.

Check And Balance Di Dalam Petronas

Pada hari ini, Tan Sri Dato’ Mohd. Hassan
Merican memegang ketiga-tiga jawatan tertinggi Petronas iaitu Sebagai Pengerusi,
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas. Sebelum ini dua jawa
tan
ini disandang oleh individu berlainan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...