Luahan Seorang Bapa tentang PPSMI

Salam,

Pasai PPSMI ni aku nak cerita sikit..

Anak aku darjah satu tahun ni... baru 3 bulan. Tapi dia dah pi tadika & taski dah 2 tahun. Alhamdulillah dia dah boleh baca dan kira dengan lancar. Periksa pertama yang dia hadapi di sekolah tahun ni, BM dapat 98%, BI dapat 95%, Science 40% saja... Math tak dapat lagi.

Pasai apa Science dapat 40% saja...?

Bila aku tengok kertas periksa... aku dapat rumuskan yang dia tak paham arahan dan tak paham english. Ada ka finger dia pi tunjuk kat ketiak. Memang salah la.. pastu arahan suruh circle the correct answer... dia pi hantam tulih jawapan kat tempat kosong dan jawapan tu salah pulak. Dan dia tak tau apa itu smell, touch, see dan lain perkataan english. Aku rasa kalau soalan tu dalam bahasa melayu dia akan dapat jawab dengan baik.
Di sini aku rasa satu kesilapan KERAJAAN mewajibkan PPSMI. Apa sebab aku kata macam tu...?

Anak aku boleh dapat 95% dalam subject english tapi dalam Science dapat 40% saja. Maknanya dia boleh maju dalam english secara perlahan-lahan. Mak dan ayah dia orang melayu.. dok cakap kedah saja di rumah. Kawan2 dia pun semua melayu.. semua orang cakap melayu macamana dia nak reti english secara drastik. Bila dia dah ketinggalan dalam subject science, dia kan terus ketinggalan kalau takdak usaha dari orang lain. Mungkin kau boleh tolong dia catch up, should be not problem for me even I just got F9 for my SPM. Macamana anak2 pemotong getah, petani2 yang dok buat pendang. Depa lagi tak reti english. Sapa nak tolong anak depa... ?

Apa salahnya ajar sains dan math dalam bahasa melayu bagi budak2 ni reti dulu apa dia deria, apa maksud bau, cantik dan lain2 lagi. Baru depa dapat rasa nikmat belajar, rasa seronok dapat kenal benda2 baru. Yang tak berapa pandai tu nak buat lagu mana.

Mungkin aku bernasib baik kerana aku dulu belajar perkara asas dalam bahasa yang aku paham. Aku belajar persamaan serentak, kamilan dan kebedaan dalam bahasa yang aku boleh paham, lepas tu baru aku belajar integral and differential dalam bahasa yang susah sikit nak paham... tapi kau boleh buat pasai aku dah belajar dulu.. Sampai lani pun math PMR aku boleh tolong anak menakan aku buat walaupun aku aku ambik SRP tahun 85. Pergh.. dah 24 tahun dah. Aku rasa kalau aku belajar dalam bahasa lain mau kantoi jugak aku.

Satu cerita... masa aku buat diploma dulu ada satu mamat india nama dia Thomas. Emak dia lecturer english kat UTM skudai kot... Mamat ni memang pandai english... depa ada ambik satu test dengan BBC kot.. aku lupa nama test tu TOEIT ka... lebih kurang macam tu... Depa ambik dengan cikgu english kami... cikgu ni balik dari US. Dalam semua orang yang ambik, Thomas ni dapat markah tertinggi, second cikgu kami lah. Aku tak ambik pasai kena bayar duit.. aku anak orang susah, test tu tak wajib, benda tak perlu nak buang duit buat apa.

Dalam english subject Thomas ni memang hebat. Tapi bila mai technical subject, dialah paling bengap... satu apa pun tak reti. Tu belajar dalam bahasa inggeris tu. Ada sekali dia kena buat presentation dengan aku, ya Rabbi... dia cuma baca apa yang aku tulih untuk conclusion saja. Takdak satu perkataan pun dia tambah. Last2 aku take over semua presentation tu. Thomas ni kena repeat setahun baru dapat diploma. Dari situ aku dapat rumuskan bahawa bahasa bukan penentu kecemerlangan seseorang.

Memang dasar orang kita kalau orang yang lancar cakap english kita assume dia bijak serba serbi. Kita lupa yang setiap orang ada kelebihan dia sendiri... orang pandai bercakap tak semestinya pandai bekerja. Tapi orang yang pandai bekerja dia ada point untuk dia bercakap. Untuk kita pandai bekerja kita kena tahu perkara2 asas. Jadi kita kena belajar step by step untuk jadi pandai.

Sekarang ni aku nak anak aku belajar benda2 asas dalam bahasa melayu dulu bagi dia paham serba-serbi baru boleh pi terus belajar secara serius dalam bahasa yang lain. Memang kalau dalam bahasa inggeris pun dia boleh pandai... tapi kena berlipat kali ganda usaha nak bagi dia pandai. Lepas ni adik dia pulak.. pastu ada adik lagi. Masa bila pulak aku boleh pi mengaji di masjid. Aku pun nak belajar jugak. Nak kejar duniawi saja ukhrawi nak tinggal pun tak boleh jugak.

Saja aku nak share cerita aku dengan orang lain supaya yang paham tu sama-sama dapat manfaat.

Wassalam
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...