Kami tidak berzina ustaz!

ikuti dialog oleh satu pasangan yang

sedang berkhalwat tertangkap oleh

seorang ustaz. Kisah benar atau tidak,

wallahualam. Hayatilah intisari dialog

ini, dan muhasabahlah diri kita masing-

masing.


Pelajar: Kami tidak berzina!

Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak

berzina tetapi awak menghampiri zina.

Pelajar: Kami hanya berbual-bual,

berbincang, bertanya khabar, minum-

minum adakah itu menghampiri zina?

Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus

pelakunya ke lembah perzinaan.

Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan

dan kami tidak berniat ke arah itu.

Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin

kamu kecundang. Kamu dalam bahaya.

Jangan bermain dengan bahaya. Iblis

dan syaitan akan memerangkap kamu.

Sudah banyak tipu daya iblis yang

mengena sasaran. Iblis amat

berpengalaman dan tipu dayanya amat

halus. Ia telah menipu nenek moyang

kita yang pertama, Adam dan Hawa.

Jangan pula lupa. Siapalah kita

berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih

1001 cara. Ingat pesanan Rasullullah

S. A. W.: Janganlah engkau

bersendirian dangan seorang wanita

kecuali ketiganya adalah syaitan

(Tabrani) . Syaitan akan menghembus

perasaan berahi, kita lemah untuk

menghadapi tipu daya iblis.

Pelajar: Tidak semestinya semua orang

bercinta menjurus kepada penzinaan.

Ada orang bercinta dalam telefon dan

hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua

muka pun!

Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu

yang dimaksudkan dengan menghampiri

zina. Memang pada awalnya tidak bersua

muka, tapi perasaan pasti bergelora.

Lambat laun desakan nafsu dan perasaan

serta hasutan iblis akan mengheret

kepada suatu pertemuan. Pertemuan

pertama tidak akan terhenti disitu

sahaja. Percayalah, ia akan

berlanjutan dan berterusan. Tidakkah

itu boleh membawa kepada penzinaan

akhirnya?

Pelajar: Takkan nak berbual-bual pun

tak boleh? Itu pun zina juga ke?

Ustaz: Zina ada bermacam-macam jenis

dan peringkatnya, ada zina betul, ada

zina tangan (berpegang-pegangan ), ada

zina mata (melihat kekasihnya dengan

perasaan berahi). Melihat auratnya

juga zina mata. Zina hati iaitu

khayalan berahi dengan kekasih

sepertimana yang dinyatakan oleh

Rasulullah S. A. W.: Kedua-dua tangan

juga berzina dan zinanya adalah

menyentuh. Kedua kakinya juga berzina

dan zinanya adalah berjalan (menuju ke

tempat pertemuan). Mulut juga berzina

dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan

Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong

menuju kepada perzinaan amat banyak.

Jangan biarkan diri kita berada atau

melalui mana-mana jalan atau lorong

yang boleh membawa kepada penzinaan

Pelajar: Duduk berdiskusi pelajaran

tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Ustaz: Berdiskusi pelajaran, betul ke?

Jangan tipu. Allah tahu apa yang

terselit dalam hati hamba-hambanya.

Kita belajar nak keberkatan. Kalau

cemerlang sekali pun, kalau tak

diberkati Allah, kejayaan tidak akan

membawa kebahagiaan. Hidup tidak

bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan

berselindung di sebalik pelajaran yang

mulia. Allah suka kepada orang yang

berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut

batas dan ketentuan Allah. Belajar

akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi

macam ini akan ditulis ibadat oleh

malaikat Raqib dan Atiq?

Pelajar: Sungguh! Bincang pelajaran

sahaja. Ni study group.

Ustaz: Study group? nampak macam lain

macam saja. Manja, senyum memanjang,

tak macam gaya berdiskusi. Takkan

study group berdua sahaja? Ke mana-

mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah

study group ramai- ramai sedikit.

Kalau duduk berdua-dua macam ini..

betul ke bincang pelajaran? Jangan-

jangan sekejap saja bincang pelajaran,

yang lain tu banyak masa dihabiskan

dengan fantasi cinta!

Pelajar: Tidaklah. Sungguh berbincang

pelajaran.

Ustaz: Baik sungguh awak berdua.

Takkan awak berdua tak perasan apa-

apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita

bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita

manusia. Jangan nafikan fitrah

manusia. Kita ada nafsu, ada

keinginan. Itulah manusia.

Pelajar: Kami sama-sama belajar, study

group, saling memberi semangat dan

motivasi.

Ustaz: Tak adakah kaum sejenis yang

boleh dijadikan rakan belajar? Habis

sudahkah kaum sejenis yang boleh

memberikan motivasi? Jangan hina kaum

sejenis. Ingat banyak orang cemerlang

yang belajar hanya dengan kaum

sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak

terganggu, dapat berkat dan rahmat

pula.

Pelajar: Takkanlah tak ada langsung

ruang yang dibenarkan dalam Islam

untuk bercinta? Adakah Islam membunuh

terus naluri cinta?

Ustaz: Naluri adalah sebahagian

daripada kesempurnaan kejadian

manusia. Naluri ingin memiliki dan

suka kalau dimiliki (sense of

belonging) adalah fitrah. Kalau naluri

tidak wujud pada diri seseorang, tak

normal namanya. Islam bukan datang

untuk membunuh naluri dan keinginan

itu. Tidak! Islam tidak suruh membunuh

naluri seperti yang dilakukan oleh

para paderi atau sami. Jangan nafikan

naluri ini. Jangan berbohong pada diri

sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau

perasaan itu datang tanpa diundang.

Itu adalah fitrah. Manusia tundukkan

naluri itu untuk patuh pada perintah

Allah. Jadilah manusia yang sihat pada

nalurinya. Jangan jadi malaikat!

kerana Allah ciptakan kita sebagai

manusia Dunia dan segala isinya akan

hambar tanpa naluri nafsu.

Pelajar : Tentu ada cinta secara Islam

Ustaz: Cinta secara Islam hanya satu

iaitu perkahwinan. Cinta berlaku

setelah ijab qabul; cinta lepas

kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus.

Cinta yang bermaruah. Bukan cinta

murahan. Inilah kemuliaan agama kita,

Islam. Apabila Islam melarang sesuatu

perkara, tentulah ia digantikan dengan

sesuatu yang lebih baik. Kalau ia

melarang cinta antara lelaki dan perempuan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...