Ayat-Ayat Cinta Mengangkat Martabat Bangsa Indonesia
Anda pastu sudah menonton filem ini 10hb yang lalu. Saya sudah menonton beberapa kali filem hebat ini. Saya membaca banyak pujian diberikan oleh khalayak penonton Malaysia. Sudah tentu, orang Malaysia terkejut dengan sebuah filem yang tidak memerlukan "berahi.." dan "pontianak terbang.." seperti dalam filem Malaysia.
Sebenarnya saya berpendapat pujian harus diberikan kepada pengarang buku AYAT-AYAT CINTA ini, Habiburrahman asy-Syirazi, seorang lepasan Universiti al-Azhar. Indonesia patut berbangga mempunyai seorang novelis yang mempunyai maruah dan harga diri yang tinggi. Anda faham maksud saya?
Perhatikan bagaimana pengarang menaikkan kedudukan seorang Indonesi (indonesian) di kacamata masyarakat arab Mesir. Dia sangat dihormati dan disenangi oleh sheikh-sheikh nya, rakan-rakan arabnya... dan malah dia begitu hebat hingga dapat memikat hati gadis-gadis daripada pelbagai latar belakang, Nora, si gadisMesir yang malang, Aisyah, gadis kacukan Jerman, Nurul, sahabat Indonesia sekuliah, dan juga Maria, seorang jiran perihatin yang beragama Kristian ortodok...
Di sini anda dapat melihat dengan jelas, bagaimana bangsa Indonesia ini diangkat begitu hebat, bermaruah dan dihormati.
Baik sekarang, bandingkan pula dengan apa yang "disumbangkan" filem-filem kita dan bagaimana merenka menggambarkan bangsa Malaysia di dalam kaca mata penonton. bandingkan filem ini dengan "Anak Halal", "Remp-it", "Kami", "impak maksima", dan lain-lain. Tontonlah filem ini, dan anda akan merasakan betapa bangsa Malaysia (melayu khususnya) sangat buruk dan hina.
"Adakah anda sedia membiarkan mereka menggambarkan bangsa Malaysia seperti dalam filem-filem ini?"
"Apakah anda setuju, inilah gambaran sebenar bangsa Melayu,,?"
Saya tertanya-tanya, tidak adakah penulis skrip atau pengarang yang mampu menghasilkan filem yang membentuk bangsa kita menjadi lebih baik, mengangkat maruah kita di mata orang lain....????
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment