PENDAHULUAN
Segala puji dan puja dipanjatkan kepada Allah, Rabb semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan kita, Muhammad bin Abdullah shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarganya serta sahabat baginda seluruhnya.
Sesungguhnya menuntut ilmu di Kota Madinah Al-Nabawiyah merupakan nikmat yang wajib kita syukuri sepanjang hayat kita. Allah telah memilih kita daripada sekian banyak manusia untuk hidup berjiran dengan jasad yang agung, pembawa risalah Islam, iaitu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.
Namun suatu realiti yang pasti kita akan melaluinya nanti apabila kita pulang ke tanah air, kita akan dapati bahawa kebanyakan penuntut ilmu lepasan Universiti Islam Madinah akan dilabel atau digelar “Wahhabi”.
Mengapa demikian? Tidak lain dan tidak bukan hal ini kerana cetek serta dangkalnya kefahaman sebahagian masyarakat mengenai pengertian wahhabi.
Umumnya, daripada pengalaman penulis, apa sahaja perkara agama yang didapati bertentang dengan kepercayaan atau amalan yang bertentangan dengan iktikad serta pengamalan masyarakat di tanah air, maka akan dituduh sebagai ajaran wahhabi. Maka ianya hanya satu istilah atau persepsi yang disalah erti, berlaku akibat kurangnya ilmu mengenai agama Islam sendiri.
Mengimbau kenangan beberapa tahun lalu, apabila ditanyakan kepada sebahagian guru agama apakah itu wahhabi? Jawab mereka wahhabi merupakan mereka yang tidak melafazkan usolli, membaca basmalah secara perlahan, tidak berqunut subuh, tidak bertalqin mayat di kubur, tidak mengadakan kenduri tahlil arwah dan sebagainya. Kononnya semua ini bertentangan dengan amalan mazhab rasmi tanah air iaitu mazhab Al-Syafi’e.
Namun apabila beredarnya masa, masyarakat mula membaca dan mengkaji apakah itu wahhabi. Ternyata takrifan awal yang diberikan oleh sebahagian guru agama tersebut adalah tidak benar kerana yang tidak melafazkan usolli ialah mazhab Al-Syafi’e, yang membaca basmalah secara perlahan ialah mazhab Hambali, yang tidak berqunut subuh juga mazhab Hambali, yang tidak bertalqin mayat di kubur dan yang tidak mengadakan kenduri tahlil arwah juga dari mazhab Al-Syafie. Maka didapati wahhabi merupakan suatu istilah yang disalah erti.
Hari berganti hari, oleh kerana modal tuduhan di peringkat pertama tidak berjaya, masyarakat dimomokkan pula bahawa kononnya wahhabi ini mereka adalah golongan yang menjisimkan Allah, mengamalkan tasybih, takyif, tamsil terhadap sifat zat Allah ta’ala. Maha suci Allah ta’ala daripada semua itu.
Lalu dikaitkan dengan mereka yang berguru dengan ulama Arab Saudi yang membawa fahaman ini. Sedangakan jika kita melihat syarahan mereka, mereka menafikan serta meletakkan kaedah bagi memahami sifat zat Allah ta’ala. Antaranya Kitab Qawa’id Al-Muthla karangan Al-Marhum Al-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Uthaimin.
Namun kebenaran tetap kebenaran dan kebatilan tetap kebatilan. Hari silih berganti, masyarakat semakin menerima kebenaran bahawa istilah “wahhabi” sebenarnya hanyalah hantu mainan mereka yang tidak mahu diri mereka diperselisihi.
Lihatlah kepada keterangan ulama-ulama yang masyhur pada masa kini, yang kalamnya didengari oleh semua pihak seperti Al-Syaikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi dan Al-Marhum Al-Syaikh Prof Dr Wahbah Al-Zuhaili, nescaya akan diambil pengajaran bagi mereka yang mepunyai fikiran.
Doa dan munajat sentiasa dipanjat agar mudah-mudahan suatu masa nanti masyarakat akan faham bahawa Wahhabi adalah suatu istilah yang disalah erti.
Doa dan munajat sentiasa dipanjat agar mudah-mudahan suatu masa nanti masyarakat akan faham bahawa Wahhabi adalah suatu istilah yang disalah erti.
Untuk itu dalam risalah ringkas ini, penulis cuba menjelaskan mengenai apakah sebenarnya fakta disebalik istilah misteri “Wahhabi”.
AL-SYAIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB
Nama Muhammad bin Abdul Wahhab amat sinonim dengan suatu gerakan yang dinamakan “Wahhabi” atau “Al-Wahhabiyyah”. Untuk itu, marilah kita mengetahui sedikit sebanyak latar belakang beliau, supaya jelas bagi kita siapakah beliau yang sebenarnya.
Nama Muhammad bin Abdul Wahhab bin Sulaiman bin ‘Ali Al-Tamimi Al-Hanbali amat masyhur muncul pada abad ke-12 Hijriyyah atau bertepatan dengan abad ke-19 Masihi, yang bertempat di negeri Najd. Beliau lahir pada tahun 1115 H dan meninggal pada tahun 1206 H.
Ringkasnya, Pada awal dakwah beliau, Al-Syaikh melihat kesyirikan tersebar di seluruh negerinya. Beliau melihat manusia berbolak-balik menuju ke pelepah kurma dan kuburan untuk memohon kepada penghuni kubur dan benda-benda mati dengan permintaan yang semestinya tidak diminta kecuali kepada Pencipta langit dan bumi.
Beliau melihat manusia meminta keampunan dan kesembuhan kepada penghuni kubur, sebagaimana mereka juga dikuasai oleh ketakutan yang sangat terhadap para syaitan di mana hal itu membawa mereka untuk berlindung kepada syaitan.
Saat mengembara menuntut ilmu, beliau juga melihat umat Islam hidup dalam kejahilan yang sama dengan umat di negerinya. Di samping itu, beliau melihat Kitabullah tidak lagi menjadi rujukan dalam pengambilan hukum, namun manusia berhukum dengan selain hukum Allah.

Inilah fenomena yang mendorong Al-Syaikh untuk mengadakan islah aqidah dan hokum, sehingga hukum hanya milik Allah dan ibadah hanya ditujukan pada-Nya, demikian pula mutaba’ah (mengikuti) hanyalah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Beliau pun mengajak mereka untuk kembali kepada Islam yang hakiki, beribadah kepada Allah sahaja, tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun dan agar ketaatan hanya ditujukan kepada Rasul-Nya. Beliau mengajak mereka agar beribadah kepada Allah dengan ajaran yang dibawa oleh Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam tanpa mengadakan-adakan perkara baru dalam agama, dan agar hukum yang diambil dari Kitabullah dan Sunnah Rasul dijadikan sebagai pokok, bukan sekadar pembungkus dalam pendapat-pendapat, undang-undang atau adat. Beliau membawa mushaf (lembaran Al-Qur`an) sebagai senjata mengajak manusia agar kembali kepadanya, merasa cukup dengannya dan dengan Al-Sunnah sebagai penjelas dan perinci apa yang global dalam Al-Qur`an.
Bermuara dari sini, bangkitlah orang-orang yang mendukung kehidupan jahiliah. Mereka pun bereaksi bahawa Al-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab datang membawa agama baru dan menganut mazhab yang kelima. Namun Syaikh tetap berlalu dengan dakwah beliau tanpa mengindahkan apa yang mereka ucapkan dan sebarkan.
Banyak karya yang berbicara tentang beliau yang disifati sebagai seorang pengislah yang agung, seorang mujaddid Islam, seorang yang berada di atas petunjuk dan cahaya dari Rabbnya dan banyak lagi kebaikan-kebaikannya yang sukar untuk dihitung.
Berkat dakwah beliau terus dirasakan oleh umat Islam sampai hari ini walaupun beliau telah wafat 221 tahun yang lalu (dua abad lebih). Tidak terbatas di negerinya, tetapi juga sampai ke seluruh negeri yang ada di berbagai belahan bumi ini, termasuk pula negeri kita Malaysia.

Kitab-kitab karya beliau tersebar ke segala penjuru negeri, dibaca, dipelajari dan dijadikan rujukan oleh para penuntut ilmu, seperti kitab Al-Ushuluth Thalathah, Kasyfusy Syubuhat, Kitabut Tauhid, Masa`ilul Jahiliyyah dan masih banyak lagi.
Para ulama setelah beliau banyak yang mensyarah karya-karya beliau menjadi satu atau beberapa kitab yang tebal. Satu hasil nyata dari dakwah beliau adalah berdirinya kerajaan tauhid Saudi Arabia dan tetap tegak sampai hari ini sebagai satu-satunya negara yang mengibarkan bendera tauhid dan menyatakan perang terhadap kesyirikan. Walillahil hamdu (Segala pujian yang sempurna hanyalah milik Allah).
Banyak sumbangsih yang diberikan Al-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah kepada kaum muslimin yang semestinya disyukuri. Namun ada sahaja orang yang hasad kepada beliau atau orang yang dakwahnya berseberangan dengan dakwah yang beliau tegakkan. Mereka menyimpan kebencian kepada beliau bahkan menyebarkan ucapan-ucapan buruk dan tuduhan palsu tentang beliau dan dakwahnya. Sehingga tidak sedikit orang awam yang termakan ucapan mereka. Akibatnya beliau dibenci dan dicaci oleh mereka, dan dakwah seperti yang beliau ajarkan dijauhi.
Ditempelkanlah gelaran “Wahhabi” kepada pengikut dakwah beliau, seakan beliau dan pengikut dakwah beliau berjalan di atas selain jalan yang haq dan membentuk mazhab yang kelima dalam Islam. Padahal dakwah beliau adalah dakwah kepada tauhid yang murni, memperingatkan dari kesyirikan dengan seluruh jenisnya, seperti bergantung kepada orang-orang mati dan yang lainnya, baik berupa pepohonan, bebatuan dan semisalnya. Demikianlah misi para pembaharu sejati dari masa ke masa, yang nampak titian jalan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabatnya. Fenomena ini menggelisahkan musuh-musuh Islam, sehingga pelbagai cara ditempuh demi hancurnya dakwah tauhid yang dibawa oleh Al-Syaikh.

WAHHABI SUATU GERAKAN EKSTRIMIS DAN TERRORRIST
Seringkali kita mendengar di tanah air bahawa gerakan “Wahhabi” merupakan gerakan dakwah yang ekstrim sehingga melahirkan pengganas “terrorist” dalam agama. Adakah benar demikian?
Pernah penulis mendengar bahawa seorang penceramah terkenal di tanah air mengatakan bahawa Al-Syaikh membunuh penduduk-penduduk kampung yang lemah demi meraih kekuasaan. Lalu penulis tanyakan kepada Al-Syaikh Abdul Aziz Al-Da’is, jawab AL-Syaikh:
“Ini adalah fitnah semata-mata. Jika benar sekalipun AL-Syaikh serta tenteranya tidak akan membunauh wanita, kanak-kanak serta golongan yang lemah kerana ini bertentangan dengan syarak. Jika benar sekalipun Al-Syaikh berperang dengan segolongan manusia, beliau berperang atas nama kebenaran. Itupun setlah ditegakkan hujjah agar samapi ilmu kepada mereka. Saya ingin tanyakan kepada kamu semua, jika sekiranya kamu menjadi pemimpin, dan kamu melihat rakyat kamu melakukan amalan syirik, khurafat dan bertentangan dengan Islam, adakah kamu redha dengannya serta berdiam diri? Jika bukan penduduk negeri kamu pun, adakah kamu akan membiarkan kemungkaran berlaku di hadapan kamu? Inikah ciri-ciri orang yang beriman?”
Demikianlah jawapan daripada Al-Syaikh. Justeru, untuk menegakkan amar makruf dan nahi mungkar, semestinya ada musuh-musuh dalam gerakan dakwah. Musuh-musuh tersebut dapat diklasifikasikan sebagai berikut:
Di Najd dan sekitarnya: Para ulama suu` yang memandang al-haq sebagai kebatilan dan kebatilan sebagai al-haq. Orang-orang yang dikenali sebagai ulama namun tidak mengerti tentang hakikat Al-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan dakwahnya. Orang-orang yang takut kehilangan kedudukan dan jabatannya.
Di dunia secara umum: Mereka adalah kaum kafir Eropah; Inggeris, Perancis dan lain-lain, Syi’ah Rafidhah, Hizbiyyun dan pergerakan Islam yang berteraskan kesyirikan.
Bentuk permusuhan mereka beragam. Kadang-kadang secara fizikal (senjata) dan kadang-kadang dengan fitnah, tuduhan dusta, isu negatif dan sejenisnya. Adapun fizikal (senjata), maka banyak diperankan oleh Dinasti Uthmani yang bersekongkol dengan barat sebelum keruntuhannya. Demikian pula Syi’ah Rafidhah dan para hizbiyyun. Sedangkan fitnah, tuduhan dusta, isu negatif dan sejenisnya, banyak dimainkan oleh kafir Eropah melalui para missionarisnya, dan tak ketinggalan pula Syi’ah Rafidhah dan hizbiyyun.
Ternyata, memunculkan istilah “Wahhabi” sebagai julukan bagi pengikut dakwah Al-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab, merupakan tipu daya yang berjaya mereka, untuk menghempaskan kepercayaan umat kepada dakwah tauhid tersebut. Padahal, istilah “Wahhabi” itu sendiri merupakan penisbatan yang tidak sesuai dengan kaedah bahasa Arab. Semestinya bentuk penisbatannya adalah ‘Muhammadiyyah’, kerana sang pemilik dan pendakwah tersebut adalah Muhammad, bukan ayahnya yang bernama Abdul Wahhab.
Tak cukup sampai di situ. Fitnah, tuduhan dusta, isu negatif dan sejenisnya menjadi sejoli bagi julukan keji tersebut. Tidak hairan, yang lahir adalah potret buruk dan keji tentang dakwah Al-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab, yang tak sesuai dengan realitinya. Sehingga istilah Wahhabi nyaris menjadi momokan yang mengerikan bagi umat. Fenomena tempang ini, menuntut kita untuk berhati-hati dalam menerima informasi. Terlebih lagi ketika narasumbernya adalah orang kafir, munafik, atau ahlul bid’ah.

HAKIKAT DAKWAH SYAIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB
Sebagai bukti bagi menjawab syubhat yang dilontarkan oleh musuh-musuh dakwah Al-Syaikh, penulis berusaha menukil beberapa perkataan ringkas Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab dalam menjelaskan apa yang beliau dakwahkan, jauh dari awan gelap propaganda yang dilancarkan para penentangnya, yang mereka menghalangi kebanyakan manusia agar jauh dari dakwah tersebut. Al-Syaikh berkata:
“Aku katakan –hanya bagi Allah segala puji dan kurnia dan dengan Allah segala kekuatan- : sesungguhnya Tuhanku telah menunjukkanku ke jalan yang lurus, agama lurus agama Ibrahim yang hanif dan dia tidak termasuk orang-orang musyrik. Dan aku –Alhamdulillah-, tidak mengajak kepada mazhab salah seorang sufi, ahli fiqh, falsafah, atau salah satu imam-imam yang aku muliakan.
Aku hanya mengajak kepada Allah yang tiada sekutu bagi-Nya, aku mengajak kepada sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang baginda menashatkan ummatnya dari yang awal sampai yang akhir untuk selalu mengikutinya. Aku memohon semoga aku tidak menolak segala kebenaran bila telah sampai kepadaku, bahkan aku persaksikan kepada Allah, para malaikat dan semua makhluk-Nya, siapapun diantara kamu yang menyampaikan kebenaran kepadaku, pasti akan aku terima dengan sepenuh hati, dan aku akan memukulkan ke tembok setiap perkataan para imamku yang bertentangan dengan kebenaran, kecuali Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa Sallam kerana baginda tidak mengatakan kecuali kebenaran”.
Antara perkataan Al-Syaikh yang lain:
“Gambaran mengenai permasalahan yang sebenarnya adalah aku katakan : tidak ada yang boleh dipinta dengan doa kecuali Allah sahaja tiada sekutu bagi-Nya, sebagaimana Allah berfirman : “… maka janganlah kamu berdoa kepada seorangpun bersamaan dengan Allah”. (Al-Jin : 18).

Allah juga berfirman berkaitan dengan hak Nabi-Nya : “Katakanlah : “Sesungguhnya aku tidak kuasa mendatangkan sesuatu kemudharatanpun kepadamu dan tidak (pula) sesuatu kemanfaatan”. (Al Jin : 21)
Itulah firman Allah dan apa yang disampaikan dan diwasiatkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada kita, ….. inilah antaraku denganmu, kalau ada yang menyebutkan tentangku di luar daripada itu, maka itu adalah dusta dan kebohongan”.
Demikianlah penjelasan mengenai manhaj atau method dakwah Al-Syaikh, sangat jelas dan selari dengan apa yang telah dibawa oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Penulis mengambil sendiri kalam daripada Al-Syaikh kerana bertepatan dengan kata pepatah: “Dengarlah daripadanya, dan janganlah dengar tentangnya”.
Kebanyanyakan fitnah terjadi apabila nukilan dilakukan bukan dari sumbernya yang asal. Hanya sekadar menaqalkan kalam guru atau “tok syeikh” yang belum tentu benar. Maka terjadilah kedustaan atas nama Al-Syeikh sebagai pengganas, tukang fitnah dan yang lebih dahsyat lagi dihukum kafir.
ADAKAH UNIVERSITI ISLAM MADINAH MENGAJARKAN AQIDAH DAN FIQH WAHHABI?
ADAKAH UNIVERSITI ISLAM MADINAH MENGAJARKAN AQIDAH DAN FIQH WAHHABI?
1. Aqidah
Kitab yang menjadi silibus bagi semua pelajar di Universiti Islam Madinah ialah Kitab Al-Tauhid karangan Al-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Al-Syaikh Abdul Aziz Al-Da’is menerangkan bahawa:
“Kitab ini amat tidak disukai oleh mereka yang mensyirikkan Allah, kerana tajuk-tajuk yang diberikan oleh Al-Syaikh menjelaskan makna tauhid sebenarnya dan menjelaskan mengenai amalan syirik dengan sejelas-jelasnya. Adapun mengenai penyusunan Al-Syaikh, ia merupakan cara penyusunan yang terbaik, sama seperti cara penyusunan kitab Sahih Al-Bukhari dan Riyadhus Salihin Al-Nawawi, yakni menyebutkan tajuk, ayat AL-Quran kemudiannya Al-Hadith”
Bagi pandangan penulis, amat tepat pihak univeriti menjadikan kitab ini sebagai silibus bagi pelajaran tauhid, kerana antara lain dapat mendedahkan kepada mahasiswa kepada penulisan Al-Syaikh. Hal ini secara tidak langsung menjadikan mahasiswa mengkaji tulisan-tulisan Al-Syaikh dan meneliti secara ilmiah tentang dakwah Al-Syaikh.
2. Fiqh
Fiqh yang diajarkan di Universiti Islam Madinah ialah fiqh perbandingan mazhab. Sejak semester pertama di fakulti Syariah, subjek kuliah fiqh sudah diajarkan fiqh perbandingan mazhab. Kitab yang menjadi silibus bagi sunjek fiqh ialah Bidayatul Mujtahid karya Ibnu Rusyd. Kitab ini seolah-olah ensiklopedia ikhtilaf ulama dalam masalah fiqh. Hampir dalam setiap masalah, Ibnu Rusyd menyebutkan berbagai pendapat ulama dari berbagai mazhab. Oleh itu, tohmahan bahawa pemerintah Saudi hanya mengajarkan satu mazhab dalam pendidikan mereka, jelas tidak sesuai realiti.
MAZHAB NEGARA ARAB SAUDI
Hampir semua negara islam, mempunyai mazhab rasmi. Tidak hanya Saudi, termasuk Malaysia, Indonesia, Brunei dan negara Islam yang lainnya. Bagi tanah air kita, mazhab rasmi fiqh ialah MAzhab Al-Syafi’e. Oleh itu, dalam banyak keputusan, lebih banyak merujuk keterangan mazhab Syafi’e. Arab Saudi menjadikan mazhab hambali sebagai mazhab rasminya. Mazhab hambali menjadi aturan rasmi untuk setiap mahkamah. Kita sepakat, memilih satu mazhab sebagai acuan, bukanlah sikap yang tercela. Kerana hampir semua negara islam memilikinya, dan tentu sahaja atas lisensi dari para ulama.
Meskipun mazhab rasminya adalah hambali, namun para ulama besar yang ada dalam Haiah Kibar Ulama Saudi (seperti Majlis Fatwa Kebangsaan di Malaysia), mereka mengkaji semua mazhab. Sebagaimana hal ini dinyatakan oleh salah seorang anggota Haiah Kibar Ulama, Dr. Muhammad Alu Isa:
“Umumnya anggota Haiah adalah lulusan akademik, yang mereka mempelajari semua mazhab yang empat. Dan mereka tidak memutuskan, kecuali pendapat yang kuat berdasarkan dalilnya, dari manapun mereka belajar”.
Di samping itu, Arab Saudi juga tidak memaksa untuk mengajarkan mazhab lain di sana. Kita jumpai ada beberapa ulama yang berasal dari mazhab Maliki, seperti Syaikh Abu Bakar Jabir al-Jazairi, penulis kitab Minhajul Muslim, yang beliau bermazhab Maliki. Dan sebelumnya sudah ada Syaikh Muhammad Amin as-Syinqithy, pengajar Masjid Nabawi, sekaligus penulis Tafsir Adwaul Bayan, beliau juga bermazhab Maliki.
PENUTUP
Demikianlah coretan ringkas mengenai salah erti istilah wahhabi yang banyak isunya dimainkan oleh pihak-pihak tertentu demi menjauhkan umat Islam dari agamanya sekaligus memecah-belahkan umat Islam.
Sebagai nasihat serta saranan, diharapkan agar bagi kita yang mencintai Islam dan mempunyai semangat menuntut ilmu, agar bukakanlah hati, lapangkanlah dada dalam menilai setiap isu yang kita berjumpa. Lakukanlah kajian, semakan dan mendengar kalam ulama rabbani yang diiktiraf oleh ulama lainnya.
Kita juga perlu berdoa, moga Allah bukakan pintu hati kita untuk menerima dan mengikuti kebenaran, kerana hidayah itu hanya milik Allah azza wajall.
Selawat dan salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad shallallahu ‘laihi wasallam. Walhamdulillahi rabbil ‘alamin.
Selesai di Universiti Islam Madinah,
21 Rabi’ul Awwal 1437H.
Nasiruddin Abdul Aziz (N.A.A)
Kuliah Syariah, Universiti Islam Madinah
Kuliah Syariah, Universiti Islam Madinah
No comments:
Post a Comment